Lagu

Sabtu, 28 Januari 2017

Hari bersama adik-beradikku

28 Januari 2017, Sabtu

Hai kawan-kawan! Hari ni saya dan adik-beradik saya pergi tesco beli 'puzzle' dan barang-barang lain. 'Puzzle' tu besar! Kena warnakan guna crayon. Habis tangan saya, berwarna-warni. Macam pelangi. Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya, namun kau berseri. Eh, melalut-lalut pulak saya ni menyanyi. Maaflah, hehe. Marilah tengok proses pembikinan puzzle ni.


Ini puzzle nya. Ini kotak je tau bukan puzzle 😃. Mari kita bukak. Ok, dah bukak, kita pasang.


Ok, dah pasang! Ha, nilah gambarnya! Cantiknya! Tapi, kalau warna mesti lagi cantik! Mari warna! Tapi, nak warna pakai apa??? Eh, apa lagi yang ada dalam kotak tu ya? Mari kita tengok...


Lah, ada crayon rupanya dalam ni. Apalah kitaorang ni, tengok tak habis. Tapi, habislah rumah ber'rainbow' macam ni. Ainan kan? Biasalah... he he he.

Ok, mari kita warna!



Matahari tu Aleeya yang warnakan, Hippo tu Ameera warnakan. Saya sedang mengambil gambar. Iyalah, macam mana nak ambil gambar sambil warna, susah.


Ainan pulak warna gambar burung. Oklah, cantiklah tu. Ok, kami pun terus mewarna.


Hah, can separuh dah gambarnya! Fuh, penatnya! Ok, masa rehat. Kata Aleeyalah.



Bila Aleeya cakap masa rehat, Ainan terus bawa rumpai laut. Aleeya dengan Ameera pun tunggu apa lagi, seranglah. Boleh pula curi makan ye, budak-budak ni. Lepas makan, boleh pulak dia main game. Kata nak main game sambil mewarna, nak pecahkan rekod dunia konon, sekali dia main game. Tu bukan rekod dunia, tu namanya, rekod gila ataupun rekod curi tulang. Ish, budak ni, ada jugak yang makan penumbuk esok hari. 😤😤😤.

Sedar tak sedar, masa telah berlalu, dah pukul tujuh. Kami pun pergi mandi. Selepas mandi, kami sembahyang dan kami habiskan aktiviti mewarna itu. Masa mewarna, ada pulak Maryam. Oh tidak, raksasa menyerang! Matilah kita! Tolong! Tolong! 😱😱😱


Ok, dah siap! Nilah hasilnya! Walaupun tak lah cantik sangat. Tapi, boleh tahanlah kan? Masa untuk bergambar!


Dari kiri, Ainan, Saya (Amanda), Aleeya dan Ameera.


Peace! Senyum semua!



Booyakasha!


Oklah, itu sahaja untuk kali ini. Baiklah. Daripada puzzle yang kosong, putih, jadi puzzle yang berwarna-warni. Baiklah, itu sahaja. Kita berjumpa lagi di post yang seterusnya, bye! Booyakasha!

Khamis, 6 Oktober 2016

Kawan

6 Oktober 2016, Khamis.

Hai! Dan selamat malam! Saya frust betul kat sekolah hari ni. Sebab, 1. Pelajaran. 2. Intan. 3. Aida. Intan dan Aida berkawan, tapi, mereka asyik dengki Nama dan saya. Kenapa ye? Saya tak pernah buat apa-apa. Kutuk-kutuk ke, takde. Jadi, saya kawan dengan Nana, Nabilla, Erin dan Miezah. Dengki apalah diorang tu. Kitaorang berdua jelah. Hari tu ada A. I. N. A Brains. Dibuat oleh saya, Intan, Adriana(Nana) dan Nabilla. Tapi, semua dah takde. Kawan-kawan lain, saya tak tau. So, tu jelah kot. Oklah, nak tidur, good night!

Selasa, 1 Disember 2015

Diari saya

Selasa, 1 Disember 2015,

Hai, semua! Apa yang kawan - kawan semua buat? Semoga bergembira di cuti sekolah!
Hari ni, saya tak buat apa - apa. Cuma pergi sarapan, pagi tadi saya bangun lambat, adik - adik saya dua orang tu, pagi - pagi dah kejut. Kacau orang tidur je, pagi tadi saya makan nasi lemak, adik saya makan telur separuh masak, kat kedai mana, saya sendiri lupa, yang pasal kek hari jadi saya, ia akan sampai pada 5 Disember 2015, pada hari jadi adik saya, ok, tu jelah. Bergembira ye! Bye!

Ahad, 29 November 2015

Hari jadi Intan

Isnin, 30 November 2015

Selamat hari jadi saya ucapkan kepada kawan saya, Intan. Semoga awak sihat dan gembira di sisi keluarga. Hari jadi saya semalam, saya dapat buku Ain Maisarah yang terbaru, "Aku Mahu Jadi Novelistar". Seronok saya baca buku tu. kebetulan, saya pun nak jadi novelistar. Novelis + Superstar = Novelistar. Haha. Hari ni kek hari jadi saya sampai. Mak saya tempah. Cepatlah sampai, tak sabar nak makan.